Berita

Portal EasyTuition™ mula beroperasi

Kajang - Portal EasyTuition™ kini telah beroperasi sepenuhnya. Kandungan portal ini telah direkabentuk bagi membolehkan capaian yang pantas dan mudah dilayari oleh para pengguna.

Antara kandungan utama portal ini ialah video prebiu bagi setiap subjek yang ditawarkan, profail para cikgu yang terlibat serta maklumat langganan.

Walau bagaimanapun , urusan langganan subjek hanya boleh mula dibuat pada 15hb Januari 2011. Ia melibatkan empat subjek sekolah rendah bagi pelajar Tahun 6 sahaja iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Langganan bagi subjek-subjek lain akan diberitahu kemudian. Dengan bermulanya operasi portal EasyTuition™ ini, kini pengguna mempunyai pilihan terbaik tuisyen atas talian.