Berita

   

Langganan EasyTuition Tahun 6 (UPSR) bermula hari ini

Kajang – Mulai 15 Januari 2011, EasyTuition telah menerima pendaftaran dan langganan khusus untuk murid Tahun 6 (UPSR) sahaja. Buat permulaan, sebanyak empat subjek yang ditawarkan iaitu Matematik, Sains, Bahasa Malaysia dan English sedia untuk dilanggan.

Pelanggan yang berminat boleh memilih sama ada untuk melanggan satu subjek ataupun semua subjek yang ditawarkan dengan harga RM50 bagi setiap subjek. Tiada sebarang caj lain atau bayaran bulanan akan dikenakan sehingga akhir sesi persekolahan 2011. Pendaftaran dan langganan boleh dbuat pada setiap hari, termasuk pada hujung minggu dan cuti umum.

Orang ramai yang melanggan akan menerima akaun untuk login dalam masa tidak melebihi 48 jam selepas bukti pembayaran telah disahkan.

 

Semua pelanggan yang telah pun mendaftar akan dapat menggunakan EasyTution mulai 1 Februari 2011 sehingga akhir sesi persekolahan 2011.

 Pembayaran boleh dibuat ke dalam akaun  CIMB 12470001177053 atas nama Integrated Commerce Sdn. Bhd. Bukti pembayaran perlulah diemelkan kepada billing@easytuition.net atau difakskan ke talian faks 03-8737 6022. 

Maklumat lanjut mengenai kaedah pembayaran disediakan di siniOrang ramai yang memerlukan bantuan untuk pendaftaran dan langganan boleh terus menghubungi talian 03-8737 8022 atau emel kepada support@easytuition.net. Pegawai khidmat pelanggan kami sedia membantu anda.