Berita

   

EasyTuition jimat 80 peratus kos pendidikan
(petikan berita Kosmo, 4hb Februari 2011)

KUALA LUMPUR - Produk pendidikan dalam talian, EasyTuition dapat membantu mengurangkan kira-kira 80 peratus kos yang ditanggung ibu bapa bagi setiap seorang anak yang dihantar ke pusat tuisyen. Perunding pendidikan Integrated Commerce Sdn Bhd (ICSB), Rosli Shuib berkata, kos purata bagi setiap seorang pelajar yang mengikuti kelas tuisyen biasanya mencecah RM1000 setahun namun, melalui inovasi baru itu ia hanya melibatkan RM200 sahaja bagi tempoh yang sama.

"Biasanya, setiap seorang pelajar , kita kena bayar pusat tuisyen sebanyak RM50 sebulan dan sepanjang 10 bulan kita belanja RM500 belum termasuk yuran, buku latihan dan petrol untuk hantar mereka ke pusat tuisyen. "Tetapi melalui EasyTuition, ibu bapa hanya peruntuk RM200 setahun untuk empat subjek dan subjek itu boleh diulang tanpa had kerana penggunaan fleksibel melalui internet," ujarnya di sini semalam. Produk pendidikan maya yang julung-julung kali di Malaysia itu dibangunkan oleh ICSB, sebuah syarikat bumiputera dan ia melibatkan kos kira-kira RM2 juta.

 

EasyTuition merupakan satu kaedah alternatif pembelajaran untuk pelajar sekolah rendah dan menengah. Menurut Rosli, bagi produk tuisyen tahun enam, ia sudah berada di pasaran sejak 1 Februari lalu manakala bagi produk Sijil Pelajaran Malaysia ia bermula Mac ini. Sementara itu, Rosli berkata, para guru yang dipilih terdiri di kalangan mereka yang berpengalaman dalam bidang masing-masing termasuk beberapa guru pakar. Di samping itu, silibus yang terkandung di dalam EasyTuition juga mengikut sepenuhnya silibus sepanjang tahun yang dibuat oleh ementerian pelajaran.

"Ia juga membolehkan ibu bapa mengikuti bagaimana penyampaian sesi setiap tajuk di sekolah disampaikan dan mereka boleh menjadi tutor kepada anak-anak sendiri," katanya. Orang ramai boleh mengakses laman web EasyTuition di www.easytuition.net mulai 1 Januari ini dan dijual pada harga serendah RM30 - hngga RM70 bagi setiap satu subjek untuksetiap sesi persekolahan.

     
SEBAHAGIAN daripada guru terlatih dan pakar yang terlibat produk pendidikan EasyTuition Semasa ia dilancarkan di Kuala Lumpur baru-baru ini.