Berita

   

EasyTuition dalam Program Perkongsian Pintar 5A, Melaka

MELAKA, 20 Februari 2011 – EasyTuition telah mengadakan satu program yang dikenali sebagai Perkongsian Pintar 5A bersama ibu bapa, pelajar dan guru-guru hebat bertempat di Kompleks al-Azim, Masjid al-Azim, Melaka. Program yang mengetengahkan guru-guru cemerlang ini adalah bertujuan untuk berkongsi teknik pembelajaran berkesan mengikut kaedah semasa dan teknik menjawab soalan UPSR sebagai persediaan pelajar tahun 6 menghadapi UPSR pada tahun ini.

Dianggarkan seramai 700  - 1000 orang telah hadir ke program ini yang julung kali diadakan di Melaka sejak pelancaran EasyTuition pada 1 Januari 2011. Sambutan yang amat memberangsangkan ini menunjukkan kepekaan ibu bapa terhadap program bercorak ilmiah dan semangat yang tinggi para pelajar UPSR untuk mencapai kecemerlangan 5A dalam peperiksaan UPSR.

Dalam program tersebut, ibu bapa dan pelajar telah dipertontonkan dengan video-video EasyTuition bagi subjek Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris.

 

Pada penghujung sesi tersebut, pelajar-pelajar yang hadir telah diberi peluang untuk mencuba sendiri beberapa ciri yang disediakan dalam EasyTuition, termasuklah soalan latih tubi dan juga rekreasi permainan (games).

Menurut seorang bapa, Dr. Burairah Hussin, beliau memuji kandungan EasyTuition yang jelas menunjukkan objek-objek pembelajaran (learning objects) yang membantu pembelajaran murid terutamanya video pengajaran, penggunaan teknik multimedia dan juga permainan (games). Menurut beliau lagi, EasyTuition lebih menarik berbanding pakej pembelajaran online lain kerana ia mempersembahkan kandungan yang bukan setakat teks dan soalan-soalan peperiksaan semata-mata dan berharap pelbagai lagi ciri lain yang berfaedah akan dibangunkan dalam pakej EasyTuition pada masa akan datang.  

Pihak EasyTuition dan Integrated Commerce Sdn. Bhd. ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua para ibu  bapa dan pelajar yang telah datang ke Program Perkongsian Pintar 5A UPSR 2011 di Melaka ini. Semoga para pelajar akan terus bermotivasi untuk  memperoleh kecemerlangan 5A dalam peperiksaan UPSR nanti.

     
  Sila klik untuk melihat gambar-gambar program.