Pelancaran EasyTuition Peringkat Negeri Perak

Sungai Siput -Pelancaran produk pendidikan, EasyTuition oleh KPerak memberikan satu kaedah pembelajaran alternatif untuk pelajar berpotensi di peringkat sekolah rendah dan menengah mengulangkaji pelajaran di rumah secara lebih kerap melalui kaedah e-learning.

Pemangku Ketua Ekesekutif KPerak, Encik Saidon Puteh memaklumkan, produk pendidikan maya itu mampu menjadi langkah alternatif bagi ibu bapa yang berusaha meningkatkan tahap kecemerlangan pelajaran anak-anak serta dapat mengurangkan beban kewangan serta pengurusan bagi ibu bapa dan pelajar sendiri.